Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : (spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu per­kara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau pe­nyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemanca­ran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penye­rapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : /spéktrum/ 1 cahaya ber­warna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. 2 julat atau lingkungan ttg sesuatu perkara: Per­kembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektrum


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Spektrum Tiada1999983-40243-0-4
Spektrum pemikiran islam[t.p]Tiada2000983-40377-0-8
Spektrum mutiara kataAlbaz PublishingTiada1996983-9315-09-9
Spektrum cintaKarisma PublicationsTiada20079831953310
Spektrum falsafah IslamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4362-3
Spectrum = spektrumDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2011978-983-46-0769-2
Mengenal Malaysia dari perspektif kenegaraanKumpulan SpektrumTiada1988 

Kembali ke atas