Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.jud] | سوجود

Definisi : Ar 1. berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dlm sembahyang dll: perbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan drpd seorang hamba kpd Allah; 2. = sembah ~ memberi hormat dgn bertelut sambil me­nundukkan kepala ke tanah (kpd raja, orang yg ditakuti, dll): ia ~ pd kaki baginda dgn takutnya; 3. ki menghormati akan, patuh kpd: habis, dia tak ~ pd agama Islam sebelum mati? ~ sahwi sujud sebanyak dua kali yg sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan spt mem­baca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat; bersujud melakukan sujud: ingin ia cepat­-cepat ~ menyembah di hadapannya; tersujud duduk membongkok spt bersujud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.jud] | سوجود

Definisi : 1 berlutut serta mencecahkan dahi ke lantai (spt ketika orang ber­sembahyang). 2 = sembah ~ memberi hormat kpd raja dll dgn bertelut serta menundukkan kepala ke tanah: Walaupun engkau ~ kpdku, aku tidak akan memaafkan kesalahanmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sujud


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sujud: puisi puisi religiusJundi ResourcesTiada 979-3570-31-8
Sujud : sebuah antologi cerpenPustaka Nasional Pte. Ltd.Tiada20029971-77-453-4
Ketika matahari sujud pada pipi bumi Tiada1998 
Tawaduk musim sujudDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada200899917-0-552-x

Kembali ke atas