[su.nat] | سونت
Definisi : hukum menggalakkan sesuatu perbuatan (dlm Islam) yg menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan: berpuasa pd setiap hari Isnin dan Khamis atau pd hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~; puasa ~ puasa yg tidak diwajibkan (mis puasa enam dlm bulan Syawal dll); sembahyang ~ sembahyang yg tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu); disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan): sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.nat] | سونت
Definisi : = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatankan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan mengkhatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.nat] | سونت
Definisi : mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid, kita ~ memakai bau-bauan yg harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[su.nat] | سونت
Definisi : ; bersunat dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)