Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabiat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;,
Kata Terbitan : bertabiat,

Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)

299

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tabiat organisasiPearsonTiada2003983-2437-59-4
Tabiat makan untuk kesihatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-7078-7
Tabiat makan untuk kesihatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-7078-7
Seminar Tabiat Membaca: Ke Arah Siswa/i BermaklumatDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 
Seminar tabiat membacaInstitut Teknologi MARATiada1988 
7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan Edisi KeduaPearsonTiada2011978-967-349-052-3
7 Tabiat orang yang amat berkesanPrentice HallTiada1996983-9236-00-8
Kajian tabiat dan minat membaca di negeri Terengganu Darul ImanInstitut Teknologi MARATiada1992 
Dimensi antarabangsa tabiat organisasiLABUHTiada19989835200971
Bagaimana mengenal tabiat manusiaPustaka DianTiada1958 
12

Kembali ke atas