Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bir] | تابير

Definisi : 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah mu­da; 2. ki sesuatu yg menutupi (melin­dungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perju­angannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir ber­bagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bir] | تابير

Definisi : 1 kain dll yg digantungkan utk melindungi atau utk menyekat sesuatu; tirai: Di tengah bilik itu, tergantung sehelai ~. 2 ki sesuatu yg melindungi atau menutupi: ~ besi rintangan yg dianggap sbg penghalang pertukaran fikiran atau sbg penghalang penyebaran berita secara bebas antara negara yg di bawah kuasa komunis dgn negara lain di dunia. menabiri memasang tabir pd; memberi bertabir: Tempat itu ditabiri kain yg tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabir (kata nama)
Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;,
Kata Terbitan : bertabir, menabiri,

Puisi
 

Tabir-tabir kayu dilintang,
     Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
     Syukur mendapat orang berbudi.


Lihat selanjutnya...(9)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tabir peradaban Sungai Lematang Tiada2007978-979-15982-1-7
Tabir mistik: alam gaib dan perdukunan dalam terang sains dan agamaTinta (Kelompok Penerbit Qalam)Tiada2003979-9440-65-3
Tabir peristiwaSolo EnterpriseTiada1968 
Tabir mistik cintaBuanaTiada2005979-98383-6-3
Tabir Kelam seikat kisah dari Negeri SakuraKompasTiada2003979-709-113-9
Menyingkap tabir perkahwinan Tiada1994983-9792-51-2
Menyingkap tabir rahasia kiamat 2012 Tiada2010978-979-19566-5-9
Menyingkap tabir rahsia sesudah mati Tiada2006983-159-128-3
Menyingkap Tabir Rahasia Hidup Sesudah MatiBintang IndonesiaTiada2005 
Disebalik Tabir Pengambaran Drama 'Sangeetha' RTM-DBPPusat Dokumentasi MelayuTiada2008 
1234

Kembali ke atas