Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takh­ta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kera­jaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja nege­ri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja ber­semayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Takhta untuk rakyat:celah-celah kehidupan Sultan Hamengku Buwona IX Tiada1982978-979-22-6767-9
Takhta dan Rakyat: suatu manifestasiDewan Bahasa dan PustakaTiada1993 
Takhta Kekal di Tangan Rakyat[t.p]Tiada199283-9657-53-4
Takhta dan RakyatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Takhta dan rakyatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Takhta dan rakyat : suatu manisfestasiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Puisi Takhta dan RakyatDewan Bahasa dan PustakaTiada1993 
Tercemarnya Takhta Kemanusiaan 1 May 1994  
Wanita, takhta dan kuasaAl-SuhaimiTiada1989 
Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan Tiada2015978-967-0798-74-5
12

Kembali ke atas