Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.man] | تامن

Definisi : 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Pycreus nitens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : Mn ark rajin, betah, giat: ~ bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. ~ bacaan a. ruang atau rumah tempat membaca buku. b. = ~ pustaka bilik atau bangunan tempat buku-buku bacaan dikumpulkan dan disimpan; perpustakaan. ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. ~ didikan (bimbingan) kanak-kanak tempat mendidik kanak-kanak (biasanya yg berumur antara empat hingga enam tahun). ~ hiburan tempat orang pergi bersuka ria. ~ hutan ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. pertamanan hal yg berkaitan dgn taman; urusan menyelenggarakan taman: Usaha ditum­pukan pd penghijauan dan ~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Taman-taman kejadianGaleri MeloraTiada1996 
Universiti Kebangsaan Malaysia : taman minda di taman ilmuPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2005967-942-703-x
Taman bahasa kebangsaan untuk tingkatan duaProgress PublicationsTiada1967 
Taman Iram : dia yang membawa cintanya ke BataviaDiva PressTiada2011978-602-978-951-5
Taman ilmu di rimba hijau: gugusan pantun destinasi UUM: "ilmu, budi, bakti" Tiada2015978-967-0474-65-6
Taman herba : Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (Siri 1)Penerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2014978-967-412-197-6
Taman bungaFEP International Sdn. Bhd.Tiada  
Taman terbukaN.V.H. Ten Brinks UitgeversmaatschappjTiada[19??] 
Taman seribu matahari Tiada1983 
Taman kasihku: antologi sayembara menulis cerpen mgcm 2011 Tiada2012978-967-10668-1-2
12345678910...

Kembali ke atas