Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kas] | تڠکس

Definisi : 1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas: ia berjalan dgn ~; 2. gesit, giat, sigap: perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigap­an: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kas] | تڠکس

Definisi : cepat gerak-gerinya; cergas; pantas: kuda yg ~. ketangkasan keadaan atau sifat tangkas; kecepatan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Duduk seperti kucing,
     melompat seperti harimau.

Bermaksud :

Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cerdas tangkas 4BSanggabuwanaTiada1977 
Rekabahasa cerdas tangkas berbahasa buku 2Pustaka Sinar HarapanTiada1966 
Rekabahasa cerdas tangkas berbahasa buku 1Pustaka Sinar HarapanTiada1996 
Ikan Yu Yang TangkasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-6009-9
Ikan yu yang tangkasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20039836260099

Kembali ke atas