[ta.ru.han] | تاروهن
Definisi : taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya berterpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.ru.han] | تاروهن
Definisi : 1 wang dll yg dipasang ketika bermain judi; taruh; tagan. 2 apa-apa yg disimpan; simpanan: Wang ~ saya sekarang ini berjumlah lima ratus ringgit. 3 orang yg dikasihi: anak ~; gadis ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)