Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tiang seri Selangor Tiada2003983-2563-02-X
Tiang seri negaraArus IntelekTiada2011978-983-150-531-1
Tiang seri tadbir : PTD 50 tahun gemilang bersama MalaysiaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaTiada2007978-983-9187-14-4
Tiang seri tadbir PTD 50 tahun - gemilang bersama MalaysiaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaTiada20079789839187144
Tiang agamaHeinemann (Malaysia)Tiada1986967-925-137-3
Ong Tiang Swee of SarawakPersatuan Sejarah MalaysiaTiada1990 
Ukiran tiang Istana Sri Menanti Negeri SembilanDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Teater Tiang Seri Tegak BerlimaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Gawai Pangkong TiangBorneo Literature BureauTiada1976 
Indonesia setengah tiangAliran demokrasi dan Anti RasuahTiada1999 
12

Kembali ke atas