Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata yg panjang serta ~; kaki ~; menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan; penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirus (adjektif)
Bersinonim dengan lancip, runcing, gonjong, jirus, limas;,
Kata Terbitan : menirus, meniruskan, penirusan,

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pokok Daun Tirus, Pokok FenDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas