Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : ; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat kayu, rotan dll yg di­pegang ketika berjalan utk menyo­kong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; me­nun­jang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,

Puisi
 

Barat daya kencang semalam,
     Tongkat patah titian roboh;
Apalah daya bujang semalam,
     Mengembang bunga di wajahnya subuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(14)

435

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Proses membuat tongkat dan ulu tongkatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tongkat mukjizat nabi musa a.s.Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-6219-9
Tongkat El HakimNavilaTiada2002979-9503-16-7
Tongkat mukjizat Nabi Musa a.s. Buku 5Dewan Bahasa dan PustakaTiada1999983-62-6219-9
Tongkat El HakimNavilaTiada2000979-9503-16-7
Tongkat El HakimNavilaTiada2002979-9503-16-7
Tongkat Warrant seniman agung : ini saya punya kerjaUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1999967-61-0979-7
Tongkat wasiat dan pahlawan muda dan lain-lain ceritaMohamed Khan Book CentreTiada19869679160017
Tongkat Orang CacatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Awang dengan tongkat saktiPustaka AntaraTiada1978 
12

Kembali ke atas