Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.tur] | توتور

Definisi : apa yg diucapkan, kata, perkataan, ucapan; ~ bahasa = ~ cakap = ~ kata bahasa per-cakapan; ~ dan kata ucapan dan kata; ~ nista kata-kata yg menista (mencemuh dll); ~ sepatah kata sepatah; bahasa ~ bahasa percakapan; buah ~ apa yg diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan; bertutur bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; bertutur-tutur bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; menuturkan 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; pertuturan 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demi-kian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; penuturan perihal menuturkan, pembi­cara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadi­kan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; penutur orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; ~ asli penutur sesuatu bahasa yg sudah menjadi bahasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : ; tuturan; ~ atap cucuran atap; penuturan 1. tuturan: ~ atap; 2. = petuturan sl keturunan: akan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kpd Laksamana ~ keluarga kpd Bendahara Seri Maharaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tur] | توتور

Definisi : apa-apa yg diucapkan; perkataan; ucapan: ~ bahasa (kata) perkataan yg diucapkan. bertutur bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. menuturkan 1 meng­ucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. per­tuturan 1 cara atau gaya bertutur; sebutan: ~ budak itu masih pelat. 2 apa-apa yg dituturkan; percakapan: Dlm ~ sehari-hari, kita tidak menggunakan bahasa surat. penuturan perbuatan atau hal menuturkan; pembicaraan. penutur orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tutur jenaka dari BimaDeparteman Pendidikan dan KebudayaanTiada1980 
Tutur LeluhurPembangunan DjakartaTiada1953 
Mengawal tutur kataDewan Bahasa dan PustakaTiada1997983-62-3159-5
Mengawal tutur kataDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-3159-5

Kembali ke atas