[u.kur] | اوکور
Definisi : 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg diguna-kan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan, patut; ~ alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~ tanah menyukat tanah (utk menentukan atau menge-tahui panjangnya, luasnya, dsb); tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak menentu; seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya; ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita; ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat; 2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.kur] | اوکور
Definisi : (pd kata majmuk bererti) alat yg digunakan utk menyukat sesuatu: ilmu ~ ilmu ttg cara atau kaedah menyukat luas (lebar dsb) tanah, kawasan dll. ~ celup alat utk menyukat banyak tidaknya sesuatu cecair (dgn mencelupkannya ke dlm cecair tsb). ~ lilit sukatan lilit sesuatu rajah. mengukur 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. ukuran 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. berukuran mempunyai ukuran. pengukuran perbuatan atau hal mengukur. pengukur 1 orang yg kerjanya mengukur; tukang sukat. 2 alat (spt kayu pembaris) yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)