Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api; berunggun 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya bertimbun-timbun, me-longgokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan dibakar; unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun: beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di ke-liling ~ api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unggun
Kata Terbitan : unggunan, berunggun-unggun,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Unggun-unggun cintaS. Abdul MajeedTiada1989983-9550-93-4
Unggun remajaPenerbitan Pustaka AntaraTiada1967 
Sebuah unggun di tepi danau : puisi-puisi pilihanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1996983-62-5516-8
Di bawah unggun apiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2010978-983-46-0421-9
Diskusi - sebuah unggun di tepi danau karya Muhammad Haji SallehDewan Bahasa dan PustakaTiada1997 
Diskusi sebuah unggun di tepi danau karya Prof Muhammad Hj Salleh ahliPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Diskusi Sebuah Unggun Di Tepi Danau oleh Pof. Muhammad Hj Salleh.Pusat Dokumentasi MelayuTiada  
Diskusi Sebuah Unggun Di Tepi DanauDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Diskusi Buku : Sebuah Unggun di Tepi DanauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997 
Dua belas manusia di unggun apiHasrat PelajarTiada1976 

Kembali ke atas