Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Apa harap kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(42)

204

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Untung surapatiFidalaineTiada1982 
Si untung sudahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada[19??] 
Membawa UntungAbdul Kadir AhmadTiada1960 
Nyanyian Rakyat : Untung-Untungan Tiada2016 
Modal kecil untung besar: Rakan zakat anda Tiada2012978-967-10656-1-7
Kaba si untung sudahUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada1983 
Kalau tak untungBalai PustakaTiada1987 
Kalau tak untungDinas Penerbitan Balai PustakaTiada1962 
Hukum mati Njono - Untung Tiada1966 
Perkongsian dan perkongsian untung dalam hukum IslamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-1528-X
12

Kembali ke atas