Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ta.ra] | اوتارا

Definisi : ; mengutarakan 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,

Puisi
 

Dari utara terus ke selatan,
     Betik menjadi buah papaya;
Satu mutiara satu intan,
     Yang mana baik pilihan saya.


Lihat selanjutnya...(20)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Dialog Utara III (Pertemuan Pengarang Utara Malaysia dan UtaraPersatuan Penulis Perlis (3P) dengan kerjasama Gapena...Tiada1986 
Dialog Utara III: pertemuan pengarang utara Malaysia dan utaraDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Dialog Utara dan Sumatera UtaraDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Gerbang Peradaban Utara ( Video DBP Wilayah Utara )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
Panduan akademik 1985/86 Universiti Utara MalaysiaUniversiti Utara MalaysiaTiada19?? 
Titian laut : antologi cerpen dan puisi pengarang Utara Malaysia dan Sumatra UtaraDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Titian laut : antologi cerpen dan puisi pengarang Utara Malaysia dan Sumatera UtaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1984 
Titian laut II : kumpulan karya penulis-penulis Malaysia Utara dan Sumatera Utara.Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1986KK 802-3358 5101
Utara Semenanjung Malaysia: esei - esei warisanUniversiti Sains MalaysiaTiada2012978-983-861-553-2
Utara : antologi cerpen pilihan lima penulisDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1982 
12345678910...

Kembali ke atas