Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Variasi sistem nilai budaya jawa Tiada  
Variasi bahasaPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2014978-967-412-199-0
Variasi bahasa MelayuDewan Bahasa dan PustakaTiada2015499-5211-1538-4102
Variasi masakan pantai timurAlaf 21 Sdn BhdTiada2005983-124-200-9
Variasi bahasa MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1538-3
Variasi busana pengantin Melayu tradisional:rujukan khazanah budaya Tiada2011978-983-124-709-9
Variasi Asas SolekanAlaf 21 Sdn BhdTiada2010978-983-124-503-3
Variasi kraf kreatifAlaf 21 Sdn BhdTiada2006983-124-225-4
Variasi Busana TradisionalAlaf 21 Sdn BhdTiada2010978-983-124-576-7
Variasi gubahan pengantinAlaf 21 Sdn BhdTiada2007983-124-281-5
12345678910...

Kembali ke atas