Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ha.na] | واهان

Definisi : saluran atau perantaraan (yg me­mungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan; berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ha.na] | واهان

Definisi : 1 alat (spt kenderaan, kenaikan) utk membawa orang atau barang: Di taman hiburan itu, terdapat berbagai-bagai ~ spt kuda pusing dan kereta langgar yg disukai oleh kanak-kanak. 2 alat utk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dsb: Lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda. Perkara yg sering dipersoalkan ialah mampukah bahasa Malaysia menjadi ~ ilmu pengetahuan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wahana (kata nama)
Bersinonim dengan alat, saluran, perantaraan, medan.,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Wahana Membina Generasi di SekolahDewan Bahasa dan PustakaTiada2001 
Wahana Kebahasaan Serantau yang Akrab, Mantap dan BerwibawaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)TiadaTiada maklumat 
Wahana Membina Generasi Di SekolahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999 
Bumi wahanaGramedia Pustaka UtamaTiada19939795116568
Wadah wahana seni persembahanAkademi Pengajian MelayuTiada2007978-983-43668-2-7
MABM: Wahana Bahasa dan Persuratan Melayu SeduniaPusat Dokumentasi MelayuTiada2002 
MABM : Wahana Bahasa dan Persuratan Melayu Tiada2002 
Mabbim Wahana Kebahasaan Serantau yang Akrab, Mantap dan Berwibawa Tiada[19??] 
Cerpen sebagai Wahana 1 Malaysia Tiada  
Teromba sebagai wahana komunikasi adat Melayu tradisionalKarisma PublicationsTiada2010978-983-195-489-9
123

Kembali ke atas