Definisi : 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : pandangan, terutamanya yg berkaitan dgn kemajuan atau perkembangan masa depan (bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara, organisasi dsb): Mereka mempunyai ~ utk berjaya dlm hidup. berwawasan mempunyai wawasan: Beliau disanjung dan merupakan pemimpin yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)