Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wu.jud] | وجود

Definisi : 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wu.jud] | وجود

Definisi : 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
WujudTempo Publishing (M) Sdn. Bhd.Tiada1997983-888-104-X
Wujud Panel Penilai JudulNew Straits Times Press (M) Berhad25 September 20132013 
Wujud, Arti dan Fungsi Puncak-Puncak Kebudayaan Lama dan Asli Bagi PendukungnyaDepartmen Pendidikan dan KebudayaanTiada1996/1997 
WujudTempo Publishing (M) Sdn. Bhd.Tiada1997 
Wahdatul wujud Tiada20139786021778760
Wachdatul wujudGama MediaTiada2008979-9552-42-7
Bicara Sekilas 'Wujud' Gubahan Pemenang SEA Write Award 1995, Saudara Suhaimi Haji Muhammad oleh Dr. Muhammad 'Uthman El-MuhammadyDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Menyoal wahdatul wujud kasus abdurrauf singkel di aceh abad 17Penerbit MizanTiada1999979-433-217-8
Siva dalam berbagai wujudFakultas Sastra Universitas IndonesiaTiada1993 
Diskusi Kumpulan Puisi Wujud Karya Suhaimi Haji MuhammadDewan Bahasa dan Pustaka22 July 20002000 
12

Kembali ke atas