| pendidihan | boiling | Perubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air pada suhu 100°C. | Sekolah Rendah |
| takat didih | boiling point | Suhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C. | Sekolah Rendah |
| skala Celsius | Celsius scale | Skala suhu berdasarkan takat beku air, 0°C dan takat didih air, 100°C. | Menengah Rendah |
| air | water | Cecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, takat beku 0°C dan takat didih 100°C. Biasanya, 60% – 95% daripada berat badan organisma terdiri daripada air. Formula H2O. | Menengah Rendah |
| ulat gonggok | millipede | Sejenis haiwan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai rangka luar. Rangka luarnya terbahagi kepada 20 - 100 segmen yang bersambung-sambung dan setiap segmen mempunyai dua pasang kaki. Ulat gonggok dikenali juga sebagai sepah bulan atau mentibang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
| air | water | Cecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, mempunyai takat beku 0°C dan takat didih 100°C. | Sekolah Rendah |
| jisim | mass | Jumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| super raksasa | super giant | Bintang yang besar dan mempunyai beribu-ribu kali lebih besar kecerahan daripada matahari dan mempunyai diameter lebih daripada 100 kali diameter bumi. Bintang super raksasa adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
| takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |