| cangkuk | hook | Struktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| segmen | segment | Bahagian pada badan haiwan yang beruas-ruas. Contohnya, serangga dan cacing. | Menengah Rendah |
| sayap | wing | Bahagian pada badan burung atau serangga atau struktur buatan yang digunakan untuk terbang. | Sekolah Rendah |
| kepak | wing | Bahagian pada badan burung atau serangga yang digunakan untuk terbang.Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tangki balast | ballast tank | Ruang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| tenggiling | pangolin | Sejenis haiwan yang bersisik pada badan dan bermuncung tirus dan panjang. Tenggiling memakan semut dan anai-anai. Badan tenggiling akan bergulung apabila terancam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
| kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |
| toraks | thorax | Bahagian badan antara kepala dengan abdomen. Pada serangga, kepak dan kaki terdapat di bahagian ini. | Menengah Rendah |
| dubur | anus | Bukaan pada bahagian hujung salur alimentari yang berfungsi untuk mengeluarkan najis dari badan. | Menengah Rendah |