| bunga raya | hibiscus | Bunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penyahhutanan | deforestation | Pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, pembasmian hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Sekolah Rendah |
| penyahhutanan | deforestation | Proses pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, penebangan hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Menengah Rendah |
| akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |