Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sumber tenaga boleh diperbaharuirenewable energy sourceSumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air.Sekolah Rendah
sumber tenaga tidak boleh diperbaharuinon-renewable energy sourceSumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat RajahSekolah Rendah
sumber tenaga tak boleh dibaharuinon-renewable energy sourcesSumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil.Menengah Rendah
tenaga bunyisound energyTenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum.Menengah Rendah
keabadian tenagaconservation of energyJumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.Menengah Atas
habaheatBentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule, J atau kalori.Menengah Rendah
bahan apifuelBahan yang boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga dan wujud sama ada dalam bentuk pepejal seperti arang batu, cecair seperti petroleum, atau gas seperti gas asli.Sekolah Rendah
bateri cas semularechargeable batteryBateri yang boleh dicas semula tenaga elektriknya. Lihat RajahSekolah Rendah
sinaranradiationTenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya boleh nampak dan sinar inframerah.Menengah Rendah

Kembali ke atas