Glosari Sains Untuk Sekolah
| homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
| tenuk | tapir | Sejenis haiwan yang mempunyai muncung, berwarna hitam dan terdapat warna putih yang menyaluti badannya dari bahu ke punggung. Tenuk dikenali juga sebagai cipan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| sesumpah | chameleon | Sejenis haiwan yang biasanya berwarna hijau atau coklat dan mempunyai kebolehan mengubah warna badannya yang menyerupai persekitaran untuk mengelirukan musuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Kembali ke atas