| kenyaringan | loudness | Tahap kekuatan bunyi yang bergantung pada amplitud. | Menengah Atas |
| pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu. | Menengah Rendah |
| kelangsingan | pitch | Darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi. | Menengah Atas |
| nic ekologi | ecological niche | Fungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut. | Menengah Atas |