| berkilat | shiny | Sifat sesuatu objek yang kelihatan bersinar. Contohnya, barang kemas dan kerajang aluminium. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| perak | silver | Logam yang berkilat dan keputih-putihan. Contohnya, cincin perak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| besi | iron | Logam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
| besi | iron | Sejenis logam kelabu berkilat yang keras dan bersifat magnetik. Besi digunakan untuk membuat alatan dan membina bangunan. | Sekolah Rendah |
| berlilin | waxy | Keadaan permukaan yang berkilat, licin dan bersifat kalis air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| logam | metal | Unsur kimia yang bersifat keras, berkilat, padu, boleh ditempa dan merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik. | Menengah Rendah |
| pemantul satah | plane reflector | Satah kaca atau logam berkilat yang memantulkan cahaya ke arah yang dikehendaki. | Menengah Atas |
| logam | metal | Unsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium. | Menengah Atas |