| diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| salur alimentari | alimentary canal | Salur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| tempoh kehamilan | gestation period | Jangka masa perkembangan embrio yang bermula dari persenyawaan hingga waktu kelahiran. | Menengah Rendah |
| siri kereaktifan | reactivity series | Susunan logam mengikut kereaktifan terhadap oksigen bermula dengan logam yang paling reaktif. | Menengah Atas |
| salur alimentari | alimentary canal | Salur dalam badan yang berfungsi untuk menerima dan mencerna makanan, menyerap nutrien dan membuang kumuhan. Salur ini bermula dari rongga mulut hingga ke dubur. | Menengah Rendah |