| koala | koala | Sejenis haiwan dalam kumpulan herbivor yang menyerupai beruang tetapi saiznya lebih kecil, dan terdapat di benua Australia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| hibernasi | hibernation | Keadaan sesetengah haiwan yang tidak aktif atau tidur sepanjang musim sejuk. Contohnya, beruang. | Sekolah Rendah |
| habitat | habitat | Tempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulu tebal | thick fur | Bulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub. | Sekolah Rendah |
| omnivor | omnivore | Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang. | Menengah Rendah |
| penghibernatan | hibernation | Peringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub. | Menengah Rendah |