| komet | comet | Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya. | Menengah Rendah |
| bintang | star | Jasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| planet | planet | Sebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang. | Menengah Rendah |
| lohong hitam | black hole | Objek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. | Menengah Rendah |
| buruj | constellation | Sekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |