Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bersukat darah,
     bertimbang daging.

Bermaksud :

Melawan sampai mati.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengaglutinatanagglutinationProses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan.Menengah Rendah
kumpulan darahblood groupJenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O.Menengah Rendah
arteri pulmonaripulmonary arterySepasang salur darah yang membawa darah terdeoksigen dari jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah yang terdeoksigen berbanding arteri-arteri lain yang membawa darah beroksigen dan nutrien ke dalam tisu tubuh. Lihat RajahMenengah Rendah
sistem peredaran darahblood circulatory systemSistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan.Menengah Rendah
plasmaplasmaCecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%).Menengah Rendah
venaveinSalur darah yang membawa darah terdeoksigen dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung.Menengah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat RajahMenengah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Lihat RajahMenengah Atas
aliran darahbloodstreamPergerakan darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah suatu organisma.Menengah Rendah
bekuan darahblood clotKetulan darah yang terbentuk hasil daripada proses pembekuan darah.Menengah Rendah
12345678

Kembali ke atas