Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demam

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
demam campakmeaslesPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Demam campak menyebabkan pesakit mengalami demam yang teruk, sakit tekak dan ruam merah di seluruh badan.Sekolah Rendah
begukmumpsPenyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat RajahSekolah Rendah
berjangkitcontagiousKeadaan penyakit yang merebak dari seorang ke seorang. Contohnya, demam campak.Sekolah Rendah
influenzainfluenzaPenyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat RajahSekolah Rendah
cacar airchickenpoxSejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Lihat RajahSekolah Rendah
vektorvector1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud.Menengah Atas

Kembali ke atas