| asma | asthma | Penyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan. | Menengah Rendah |
| artropod | arthropod | Haiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| kolera | cholera | Penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui air atau makanan tercemar. Penyakit ini dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu. | Menengah Rendah |