Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dinding selcell wallStruktur yang menyokong dan melindungi semua sel bagi tumbuhan, alga, kulat dan kebanyakan bakteria. Lihat RajahMenengah Rendah
dinding sel primerprimary cell wallDinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar.Menengah Atas
selulosacelluloseRangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuhan, yang berfungsi sebagai pembina dan penyokong struktur dinding sel tumbuhan.Menengah Rendah
arteriosklerosisarteriosclerosisKeadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan.Menengah Atas
haidmenstruationPeluluhan lapisan dinding uterus yang menyebabkan darah mengalir melalui faraj secara berkala.Menengah Rendah
haidmenstruationKeluluhan pelapik dalam dinding uterus atau endometrium yang disertai dengan pendarahan. Keadaan ini berlaku pada perempuan yang sudah baligh.Menengah Atas
hifahyphaBebenang halus yang mempunyai dinding sel, dan merupakan organ pertumbuhan vegetatif bagi kebanyakan kulat.Menengah Atas
penempelanimplantationProses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan.Menengah Rendah
kesegahanturgidityKeadaan tegar sel tumbuhan disebabkan tekanan air terhadap dinding sel tersebut.Menengah Atas
kitinchitinBahan keras yang membentuk cangkerang pada haiwan atau membentuk dinding sel pada sesetengah kulat.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas