| haba | heat | Bentuk tenaga yang dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu. Contohnya, makanan panas yang terdedah akan menjadi sejuk selepas beberapa ketika kerana haba daripada makanan akan berpindah ke udara di sekelilingnya. | Sekolah Rendah |
| haba | heat | Bentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule, J atau kalori. | Menengah Rendah |
| tenaga haba | heat energy | Tenaga yang dipindahkan dari satu sistem ke sistem lain jika terdapat perbezaan suhu. | Menengah Atas |
| tapak semaian | nursery | Tempat anak benih atau anak pokok ditanam sementara sebelum dipindahkan ke tempat lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rembesan tubul | tubular secretion | Rembesan ion serta bahan buangan lain yang digerakkan atau dipindahkan ke dalam tubul berlingkar distal. | Menengah Atas |
| tenaga bunyi | sound energy | Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum. | Menengah Rendah |
| sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| keratan batang | stem cutting | Kaedah pembiakan buatan pada tumbuhan yang melibatkan batang kecil, dan biasanya berdaun. Batang yang dipotong akan diletakkan dalam air atau pasir lembap supaya akar terbentuk, sebelum dipindahkan ke tanah. Contohnya, keratan batang pokok bunga ros. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |