| genus | genus | Kategori taksonomi yang terdiri daripada spesies yang mempunyai beberapa ciri yang serupa. Contohnya, harimau bintang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris) daripada genus yang sama tetapi spesies yang berlainan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| basilus | bacillus | Bakteria daripada genus Bacillus, yang berbentuk rod, biasanya boleh bergerak sendiri menggunakan flagelum. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| sistem tatanama binomial | binomial system of nomenclature | Sistem tatanama organisma dalam bahasa Latin yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada nama genus, manakala bahagian kedua merujuk kepada nama spesies. | Menengah Atas |