| helium | helium | Gas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara. | Menengah Rendah |
| gas nadir | inert gas | Gas dalam kumpulan 18 jadual berkala, iaitu helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon yang umumnya tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia. Gas nadir juga dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. | Menengah Atas |
| Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
| gas lengai | inert gas | Gas yang umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom. Contohnya, helium dan neon. | Menengah Rendah |