Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
saling bersandaraninterdependenceHubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
persaingancompetitionHubungan antara dua atau lebih organisma untuk mendapatkan keperluan yang sama dan terhad. Contohnya, persaingan untuk mendapatkan cahaya dan air oleh tumbuhan.Menengah Rendah
parasitismeparasitismHubungan antara dua organisma yang berbeza dan hidup bersama-sama dengan satu daripadanya mendapat faedah, manakala yang satu lagi mengalami kerugian.Menengah Rendah
komensalismecommensalismHubungan antara dua organisma yang hanya memberikan faedah kepada satu pihak sahaja dan tidak merugikan pihak yang satu lagi.Menengah Rendah
rantai makananfood chainHubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat RajahSekolah Rendah
ekosistemecosystemSistem yang melibatkan hubungan antara komuniti organisma dengan persekitarannya.Menengah Rendah
hukum HookeHooke lawHukum yang menyatakan bahawa hubungan pemanjangan dan pemampatan sesuatu bahan kenyal berkadar terus dengan daya yang dikenakan.Menengah Atas

Kembali ke atas