| ais | ice | Air dalam keadaan pepejal yang terbentuk pada takat beku air, iaitu 0°C. Ais dapat terapung di atas air kerana ketumpatannya kurang daripada ketumpatan air. | Menengah Rendah |
| ais | ice | Ketulan air yang keras, terbentuk pada takat beku air, iaitu pada suhu 0°C dan sangat sejuk apabila disentuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk. | Menengah Rendah |
| ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. | Menengah Atas |