Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
vitaminvitaminBahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K.Menengah Rendah
simpang p-np-n junctionPembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. Lihat RajahMenengah Atas
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas
gizidietJenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia.Sekolah Rendah
penerima universaluniversal recipientIndividu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya.Menengah Rendah
penderma universaluniversal donorIndividu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut.Menengah Rendah
faktor RhesusRhesus factorAntigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-.Menengah Atas
biodiversitibiodiversityKepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam sesuatu habitat semula jadi.Menengah Rendah
biodiversitibiodiversityKepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada suatu ekosistem.Menengah Atas
kumpulan darahblood groupJenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas