| vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
| simpang p-n | p-n junction | Pembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| transistor | transistor | Peranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak. | Menengah Atas |
| gizi | diet | Jenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia. | Sekolah Rendah |
| penerima universal | universal recipient | Individu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya. | Menengah Rendah |
| penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |
| faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |
| biodiversiti | biodiversity | Kepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam sesuatu habitat semula jadi. | Menengah Rendah |
| biodiversiti | biodiversity | Kepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada suatu ekosistem. | Menengah Atas |
| kumpulan darah | blood group | Jenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O. | Menengah Rendah |