| pengangkutan pasif | passive transport | Pengangkutan bahan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, yang tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
| resapan ringkas | simple diffusion | Pergerakan molekul atau ion dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, sehingga mencapai tahap keseimbangan. | Menengah Atas |
| resapan berbantu | facilitated diffusion | Pergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
| paya bakau | mangrove swamp | Kawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| peresapan | diffusion | Proses pergerakan zarah dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Proses ini berlaku dalam medium pepejal, cecair dan gas. | Menengah Rendah |
| pengangkutan aktif | active transport | Pengangkutan bahan dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi yang memerlukan protein pembawa dan tenaga. | Menengah Atas |
| osmosis | osmosis | Pergerakan bebas molekul air dari kawasan kepekatan bahan terlarut yang rendah ke kawasan kepekatan bahan terlarut yang tinggi, melalui membran separa telap sehingga keseimbangan dicapai. | Menengah Atas |
| ruang | space | Kawasan atau tempat yang kosong. | Menengah Rendah |
| hutan | forest | Kawasan tanah yang luas, yang ditumbuhi pokok-pokok besar dan belukar tebal secara semula jadi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| biosfera | biosphere | Keseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup. | Menengah Atas |