| kekenyalan | elasticity | Keupayaan bahan untuk kembali ke bentuk asal selepas dikenakan daya luaran. | Menengah Rendah |
| gema | echo | Gelombang bunyi yang terpantul dan kembali semula ke sumber penghantarannya selepas tempoh tertentu. Gema biasanya mempunyai magnitud yang cukup besar apabila terkena permukaan yang keras. | Menengah Rendah |
| terbiodegradasikan | biodegradable | Keupayaan bahan mereput dan diproses kembali menjadi bahan mesra alam. Contohnya, kertas pembungkus makanan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kekenyalan | elasticity | Keupayaan sesuatu bahan yang boleh kembali kepada saiz, panjang atau bentuk dimensi asalnya setelah daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan. | Menengah Atas |
| wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dari rumah kembali ke stesen pencawang bahagian. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru. | Menengah Rendah |
| litar lengkap | complete circuit | Litar elektrik dari kutub positif bateri melalui alat elektrik dan kembali semula ke kutub negatif bateri yang membenarkan pengaliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
| prob angkasa lepas | space probe | Sejenis kapal angkasa yang mengumpul maklumat di angkasa lepas dan menghantarnya kembali ke bumi. | Menengah Rendah |
| kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| persenyawaan in vitro (IVF) | in vitro fertilization (IVF) | Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma dalam prosedur makmal. Zigot atau embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita. | Menengah Rendah |