Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)

368

Many a mickle makes a muckle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tuas kelas keduasecond class leverTuas yang bebannya terletak di antara fulkrum dengan daya. Contohnya, kereta sorong dan pembuka tudung botol. Lihat RajahMenengah Rendah
tenaga kinetikkinetic energyTenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. Lihat RajahSekolah Rendah
asid sulfuriksulphuric acidAsid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4.Menengah Rendah
merantishoreaPokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat RajahSekolah Rendah
akumulatoraccumulatorAlat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Contohnya, bateri kereta.Menengah Rendah
akumulatoraccumulatorSejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat RajahSekolah Rendah
arus terus (a.t)direct current (d.c.)Arus elektrik yang mengalir dalam arah sehala dan dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti sel kering dan akumulator kereta.Menengah Rendah
akumulatoraccumulatorAlat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta.Menengah Atas

Kembali ke atas