| mangkin | catalyst | Bahan yang dapat mengubah kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas. | Menengah Atas |
| sifat fizikal | physical property | Ciri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya. | Menengah Atas |
| perubahan fizikal | physical change | Proses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais. | Menengah Rendah |