| kulat | fungus | Tumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil. Kulat tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada objek yang telah reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kulat | fungi | Kumpulan organisma yang tidak mempunyai klorofil, bersifat heterotrof dan mempunyai kitin pada dinding selnya. Kulat membiak melalui spora dan merupakan pengurai yang penting dalam ekosistem, sementara sesetengah yang lainnya bersifat parasit. | Menengah Rendah |
| kulapuk | mould | Sejenis kulat yang menyebabkan pertumbuhan bulu halus di permukaan makanan atau pada tumbuh-tumbuhan yang lembap dan reput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| pengurai | decomposer | Organisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas. | Menengah Rendah |
| liken | lichen | Alga dan kulat yang tumbuh bersama dan hidup secara simbiosis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| yis | yeast | Organisma unisel dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan glukosa kepada alkohol dan karbon dioksida semasa fermentasi. Yis membiak secara pertunasan. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| liken | lichen | Simbiosis antara alga dan kulat. | Menengah Atas |
| antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin. | Menengah Rendah |
| panau | tinea | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| kurap | ringworm | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, yang menyebabkan rasa gatal, dan menyebabkan kulit kelihatan bertompok-tompok. | Menengah Atas |