| lipase | lipase | Enzim yang memangkinkan hidrolisis lemak kepada gliserol dan asid lemak, atau memangkinkan pemecahan lipoprotein kepada anion asid lemak dan gliserol. | Menengah Atas |
| lemak tepu | saturated fat | Lemak yang mempunyai ikatan tunggal di antara atom-atom karbon. | Menengah Atas |
| lemak tak tepu | unsaturated fat | Lemak yang mempunyai ikatan ganda dua atau ikatan ganda antara atom-atom karbon. | Menengah Atas |
| lipid | lipid | Kumpulan sebatian organik yang mengandungi hidrokarbon alifatik berantai panjang. Contohnya, lemak, lilin, dan sebatian yang diterbitkan daripada lemak. Lipid tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Lipid digunakan sebagai sumber tenaga, dan merupakan juzuk penting struktur sel. | Menengah Atas |
| lipase | lipase | Enzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil yang berfungsi menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak. | Menengah Rendah |
| saponifikasi | saponification | Proses hidrolisis ester (lemak dan minyak) yang dimangkinkan oleh ion hidroksida, OH-. | Menengah Atas |
| penggumpalan | coagulation | Proses penggabungan zarah seperti lemak atau protein untuk membentuk gumpalan. | Menengah Rendah |
| asetil KoA | acetyl CoA | Perantara dalam pengoksidaan asid lemak, yang berperanan dalam kondensasi dengan asetil koenzim A untuk membentuk B-hidroksi-B metilglutaril-koenzim A. | Menengah Atas |
| gizi seimbang | balanced diet | Gizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| gliserida | glyceride | Ester yang terbentuk daripada gliserol dan asid lemak. | Menengah Atas |