| mekanisme pernafasan | breathing mechanism | Mekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan. | Menengah Rendah |
| mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
| pentermokawalaturan | thermoregulation | Mekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
| otot interkosta | intercostal muscle | Otot di antara dua tulang rusuk yang membantu mekanisme penafasan. Pengecutan dan pengenduran otot ini akan mengubah tekanan dan isi padu dalam rongga toraks. | Menengah Rendah |