Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.tap.kan] | منتڤکن

Definisi : 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.tap.kan] | منتڤکن

Definisi : 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; me­ngekalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gelemairaqueous humourCecair jernih yang memenuhi ruang hadapan bola mata di antara kanta dengan kornea. Cecair ini berfungsi untuk menetapkan bentuk bola mata. Lihat RajahMenengah Rendah
gelemacavitreous humourGel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka.Menengah Rendah

Kembali ke atas